TAJUK

free counters
Loading...

JOIN GROUP

join this site

Rabu, 5 September 2012

Budak Biadap Nama Muhammad Ammar Jangan Dilepaskan


Dengar kata bapa kepada budak biadap tunjuk punggung, Muhammad Ammar A. Rahman mahu bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri bagi memohon maaf secara peribadi atas perbuatan anaknya.
Bapa yang gagal mengajar anak, juga membuat kenyataan mungkin anaknya itu terpengaruh dengan rakan-rakan atau dipergunakan pihak tertentu. Seolah-olah cuba meletakan kesalahan di bahu orang lain.
Takpelah…soalnya sekarang kalau dia hendak berjumpa Perdana Menteri, rasanya tidak salah.
Terpulang kepada Najib dan keluarga untuk memutuskan kesudian dalam hal itu.
Mengetahui sikap Perdana Menteri sebagai seorang yang prihatin dan pemaaf, beliau selaku seorang pemimpin negara yang pastinya terlalu sibuk, mungkin akan meluangkan masa bertemu A. Rahman Abdullah.
Namun, bertemu dengan pemimpin dan balasan atas sikap yang dipertontonkan Muhammad Ammar adalah dua perkara berbeza.
Bapanya boleh bertemu, boleh meminta maaf, namun bapanya harus menerima hakikat bahawa anaknya itu perlu menerima hukuman atas perbuatan yang dilakukan.
Muhammad Ammar A. Rahman setakat ini belum disahkan sebagai pesakit otak atau memiliki tahap kebodohan melampau.
Jadi, dia sepatutnya sedar perbuatanya pada malam perhimpunan Janji Demokrasi pada Sabtu lalu itu adalah salah.
Agak ironis bukan, tunjuk punggung di khalayak ramai berani, bila kena tahan polis malu pulak hendak tunjuk muka.
Tak tahulah apa punya pemikiran…punggung takpe, muka tak boleh.
Kalau berani tunjuk punggung, maka beranilah tanggung akibatnya.
Jangan ada yang hendak kata dia sudah insaf, sudah mengaku salah, sudah mohon maaf maka perlu dilepaskan.
Tolong jangan berikan isyarat yang salah dalam masyarakat.
Nanti entah mana-mana punya orang akan buat benda yang bukan-bukan, dan perlukah dia dimaafkan kerana sudah insaf?
Kalau seorang bapak tak guna rogol anak dia sendiri…lepas itu insaf…apakah dia perlu dilepaskan?
Nanti bapak-bapak tak guna yang lain pun akan fikir…”Buat aje….lepas tu buat-buatlah insaf”.
Isunya sama sahaja dengan dua orang perogol budak bawah umur yang dibebaskan baru-baru ini.
Bila hakim mengatakan mereka mempunyai masa depan cerah dan sudah insaf maka boleh dibebaskan secara bersyarat…masyarakat tidak boleh menerima penghakiman seperti itu.
Justeru, budak biadap dan tak berakal seperti Muhammad Ammar ini juga harus diajar bahawa kalau dia buat sesuatu yang salah dalam keadaan waras, maka dia harus bersedia untuk menerima hukumannya.
Bapa dia hendak bertemu bagi meminta maaf dengan Perdana Menteri, itu satu hal, namun dia tidak boleh dilepaskan dari menerima hukuman.
Kalau semua orang mula dilepaskan atas dasar simpati dan kasihan, tak lama lagi masalah jenayah di negara kita akan menjadi lebih buruk.
Sudah tiba masanya, pihak berkuasa berhenti menghantar isyarat yang salah kepada anggota masyarakat.
Oleh: AK-47
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan