TAJUK

free counters
Loading...

JOIN GROUP

join this site

Selasa, 28 Ogos 2012

Lagenda Tasik Chini




Korang pernah dengar Tasik Chini punya lagenda? Sebenarnya aku ni duduk dekat dengan Tasik Chini ni dah dekat 30 tahun. Ada la dalam 10 km dari rumah. Dulu masa kecik2 memang cantik tasik ni especially bila musim teratai kembang memang cantik. Dulu masa aku kecil macam-macam kisah misteri yang aku dengar dan lihat sendiri! Yang aku lihat sendiri bila jaring/jala ikan yang ada jiran aku bawak balik penuh dengan....ular bukan ikan! aku takut giler masa tu sebab kebetulan lalu depan umah jiran aku masa balik dari sekolah. Katanya dia menjaring di Tasik Chini. Ada kes Kulit bersisik sebab bunuh ular ke di Tasik Chini. Memang kecoh dulu kes ni. Kisahnya begini :

peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah,51, berkata kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986.Walaupun mungkin ada menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya. "Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya."Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati."Saya meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik," katanya.Bahasan berkata, ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia juga turut membunuh ular berkenaan. Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot pada kira-kira jam 10 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lingkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air."Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat. "Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik itu turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat," katanya.Bahasan berkata, sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu. "Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir."Lebih 30 bomoh saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan saya tidak berpenyakit," katanya. Bahasan berkata, penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya.Katanya, seorang bomoh di Terengganu yang ditemuinya memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usaha dirinya sendiri. "Saya menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas saya nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu."Saya berdoa pada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampur dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan. "Rawatan itu saya buat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh tetapi kenangan ini meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya yang mungkin terkena sumpahan naga di situ," katanya.

Ayah dan abang aku juga pernah menjadi mangsa sesat di Tasik Chini sebab tebang pokok dan nak bawak balik. Masa nak balik tu tak jumpa jalan sedangkan diorang tu orang tempatan dan dah biasa jalan di situ. Abang aku ambil keputusan untuk buang kayu tu dan tak lama kemudian mereka dapat keluar dari situ.

Jalan ke Tasik Chini tu pun amat merbahaya terutama kepada mereka yang tidak biasa atau baru pertama kali melaluinya. Tahun ni saja dah 2 orang menjadi mangsa. Kalau aku recall balik,jalan tu tak kurang dari 5 orang dah menjadi mangsa kemalangan maut. Berbalik kepada kisah lagenda di Tasik Chini, ada beberapa kisah. Kisahnya :

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam. Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri. Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk.Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan. Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini. Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri. Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.

Satu lagi lagenda Tasik Chini adalah kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam di situ. Misteri ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah penemuan beberapa artifak yang seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan tapak asas binaan di dasar Tasik Chini ketika penyelidikan dijalankan baru-baru ini. Ramai juga membuat spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha - tambahan pula di lain-lain tasik di seluruh Malaysia, tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.

Tapi sekarang ni aku sedih tengok keadaan Tasik Chini. Sejak empangan dibuat, paras air dah turun. Kawasan Tasik pun dah surut dan banyak tempat yang dulu di pinggir tasik dan ada teratai dah hilang. Kalau dulu tepi jalan raya pun banyak teratai sekarang ni tinggal kenangan sahaja bagi aku. Dulu masuk ajer kawasan Tasik Chini, nyaman terasa sekarang dah tiada lagi...itulah harga sebuah pembangunan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan