TAJUK

free counters
Loading...

JOIN GROUP

join this site

Khamis, 30 Ogos 2012

Amy XPDC Bawa Teksi Cari Rezeki


KUALA LUMPUR – Pemain dram kumpulan rock terkenal XPDC, Suhaimi Abu Bakar atau Amy meneruskan kehidupannya dengan membawa teksi sebagai usaha untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya.
Amy yang telah melibatkan diri dalam kerjaya sebagai pemandu teksi sejak 10 tahun yang lalu sejak menetap di Kuala Lumpur lagi.
Kini, dia masih lagi menjadi pemandu teksi walaupun sudah berhijrah ke negeri kelahirannya, Pontian, Johor.

Amy terpaksa pulang ke kampung halaman berikutan ingin menjaga ayahnya yang sudah tua dan uzur.
“Saya terpaksa balik ke kampung kerana bapa saya sedang uzur dan dia pula tinggal berseorangan selepas emak saya meninggal dunia enam tahun lalu. Bagi menyara keluarga saya meneruskan kerjaya sebagai pamandu teksi.
“Sekarang saya lebih bebas apatah lagi selepas memiliki teksi sendiri di mana saya membawa teksi setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 6 petang di sekitar Pontian. Malam biasanya saya akan berada di rumah bersama keluarga saya,” kata Amy yang dipetik dari akhbar Hits Mega, hari ini.
Walaupun Amy sudah pun menetap di Pontian dan bekerja sebagai pemandu teksi, itu tidak bermakna bapa kepada enam orang anak ini sudah melupakan kumpulan XPDC.
Dia mengakui masih lagi sayangkan XPDC dan tetap menerima tawaran persembahan di Kuala Lumpur sekiranya mempunyai masa untuk berkarya bersama kumpulan rock itu.
“Saya telah bersama XPDC sejak lebih 20 tahun lalu. Saya masih menerima undangan mengadakan persembahan bersama XPDC tetapi tidaklah sebanyak dulu.
“Sekarang ini kalau ada tawaran pun seminggu sekali terutamanya pada hujung minggu. Paling tidak pun sebulan sekali,” katanya.
Oleh: NAIMAH SHAARI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan