TAJUK

free counters
Loading...

JOIN GROUP

join this site

Isnin, 27 Ogos 2012

Tasik Chini


Tasik Chini

Tasik Chini terdiri daripada kawasan hutan seluas 12,565 ekar dan merupakan tasik asli yang kedua terbesar di Malaysia. Ia terletak di tebing kanan Sungai Pahang dan terbentuk daripada pertemuan 12 saliran air. Ia juga dipanggil "laut" oleh masyarakat tempatan. Pelbagai misteri dikaitkan dengan Tasik Chini seperti mitos mengenai kewujudan naga dan kewujudan bandar Khmer yang tenggelam pada masa dahulu. Mitos ini dibawa oleh kaum Jakun.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah memancing, trekking, berkayak, berkelah dan berkhemah, menyewa chalet, mengunjungi perkampungan masyarakat tempatan dan menyewa bot untuk meneroka kawasan tasik. Para pengunjung boleh sampai ke Tasik Chini melalui Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Melaka. Laluan-laluan ini akan membawa kepada 11 pintu masuk ke tasik Chini yang ada di Kg Belimbing, Muadzam Shah dan persimpangan Paloh Hinai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan